Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) kini berada pada tahap yang semakin membimbangkan apabila konflik yang berpanjangan terus gagal diredakan, meskipun pelbagai usaha rundingan telah diadakan, sekali gus menimbulkan kebimbangan kemungkinan tercetusnya konflik lebih besar di Asia Barat.
Transcript
00:00Melihat dengan perkembangan terbaru dan sebelum ini, ketegangan masih berlaku terutama di Selat Hormuz.
00:08Malah ia semakin sukar untuk dikawal.
00:11Rundingan damai yang diharapkan menjadi jalan keluar kini hanya tinggal harapan apabila kedua-dua pihak masih kekal bertegas tanpa sebarang
00:20kompromi.
00:20Kebentuan itu bukan sahaja mengekalkan suasana tegang di rantau berkenaan malah turut membayangkan risiko konflik yang boleh merebak lebih luas
00:31ketika angka korban terus meningkat dan situasi keselamatan semakin tidak menentu.
00:38Ketegangan itu berlarutan susulan beberapa siri rundingan tidak langsung sejak awal April namun sehingga hari ini berakhir tanpa keputusan mutamat
00:50apabila kedua-dua pihak kekal berkeras dalam tuntutan masing-masing.
00:56Khususnya ia melibatkan isu keselamatan, sekatan ekonomi dan pengaruh serantau.
01:02Usaha genjatan senjata telah dimulakan melalui pengantara antarabangsa dengan persetujuan sementara untuk meredakan ketegangan.
01:12Namun perjanjian itu kekal rapuh apabila berlaku pelanggaran serta perbezaan ketara dalam syarat penyelesaian antara kedua-dua pihak.
01:22Dalam pada itu, setakat rabu, angka korban merekodkan sekurang-kurangnya 3,700 kematian direkodkan di Iran termasuk kira-kira 1
01:33,700 orang awam dan sekurang-kurangnya 254 kanak-kanak.
01:40Selain sekitar 1,300 anggota tentera yang terkorban, manakala di Amerika Syarikat pula sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dilaporkan maut
01:50dan ratusan lagi cedera sepanjang konflik berkenaan.
01:55Keadaan yang masih tidak menunjukkan, tanda reda ini turut mula memberi tekanan besar kepada ekonomi dan keselamatan global apabila laluan
02:05perdagangan utama seperti selat hormos berdepan risiko gangguan.
02:10Sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan harga minyak dunia, rantaian bekalan antarabangsa serta keseimbangan geopolitik serantau dan global.
02:24Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended