Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan dakwaan kawasan Pulau Sebatik diserahkan kepada Indonesia adalah tidak tepat, sambil menyifatkan hasil rundingan sempadan memberi manfaat kepada Malaysia.
Transcript
00:00Ketua Menteri Sabah Datuk Sui Haji Jinur menepis dakwaan kononnya kawasan seluas 127.3 hektare di Pulau Sebatik telah diserahkan
00:10kepada Indonesia
00:11seperti dilaporkan beberapa media negara jiran. Beliau menegaskan laporan itu tidak tepat dan tidak menggambarkan hasil sebenar rundingan sempadan antara
00:21kedua-dua negara.
00:23Itu tidak betul itu siapa yang cakap diserahkan? Media Indonesia sudah?
00:31Tidak betul. Saya hadir tapi ini kita yang untung ini tetapi saya dengan Datuk Seri Panglima Anwar sama Pak Purbo
00:43kita tidak boleh buat kenyataan war-warkan ini.
00:47Tidak ada kita yang banyak untung ini. Itu saya boleh cakap.
00:50Kata beliau perbincangan berkaitan sempadan melibatkan kepimpinan tertinggi kedua-dua negara termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden
00:59Indonesia Prabowo Subianto.
01:02Sebelum ini laporan media Indonesia memetik Ketua Pejabat Staf Presiden negara itu Muhammad Qadari sebagai berkata kawasan berkenaan kini disahkan
01:11milik Indonesia selepas pemuktamadan penetapan sempadan darat.
01:14Laporan itu juga menyebut penyelesaian berkenaan dicapai menerusi pendekatan diplomasi damai antara Malaysia dan Indonesia sekaligus memperjelaskan garis sempadan rasmi
01:23di Pulau Subatik.
01:25Bagaimanapun pelarasan sempadan tersebut juga dilaporkan melibatkan perubahan kecil di pihak Indonesia dengan kira-kira 4.9 hektar kawasan dimasukkan
01:35ke dalam wilayah Malaysia.
01:36Sampai jumpa di video selanjutnya.
Comments

Recommended