Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seramai 21 lelaki disyaki ahli kumpulan kongsi gelap ditahan dalam operasi khas dikenali Op Pusak Merah yang menyasarkan sindiket jenayah kekerasan di Sarawak sejak 2024.
Transcript
00:00Bertemu semula 21 lelaki disyaki ahli kumpulan Kongsi Gelap ditahan dalam operasi khas dikenali Opusak Merah yang menyasarkan sindiket jenayah
00:10kekerasan di Sarawak sejak 2024.
00:14Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' M. Kumar berkata, operasi itu menyasarkan kumpulan yang aktif dalam kesalahan jenayah kekerasan
00:21di sekitar Kota Samarahan, Kucing, Simunjan dan Padawan.
00:27Mereka yang berusia 19 hingga 44 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan.
00:33Menurut Kumar, Simakan Awal mendapati suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau seperti merusuh, mendatangkan kecederaan parah, samun, hianat
00:45dan jenayah dadah.
00:46Katanya tindakan operasi ini dilaksanakan sebagai usaha proaktif Jabatan Siasatan Jenayah dalam melumpuhkan sindiket yang dipercayai aktif dalam aktiviti pemerasan,
00:59mendatangkan cedera parah dan merusuh dengan menggunakan senjata hingga menimbulkan kegusaran kepada penduduk setempat.
01:06Kesemua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tata Cair Jenayah selama enam hari bermula Rabu hingga 20 April ini bagi
01:16membantu siasatan.
01:18Kumar memberitahu usaha mengesan serta menahan beberapa individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian kumpulan yang masih bebas giat
01:27dijalankan.
01:28Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended