00:00Kerajaan Thailand meluluskan undang-undang baru membenarkan pengawal keselamatan menerima upah untuk kerja lebih masa melebihi 8 jam standar sehari
00:09berkuatkuasa 24 April ini.
00:12Timbalan Jurucakap Kerajaan Lalida Pratistana berkata peraturan menteri mengenai gaji lebih masa dan pampasan bagi kerja melebihi 8 jam sehari
00:24dalam tugas yang melibatkan penyeliaan primis atau harta benda akan berkuatkuasa pada tarikh tersebut.
00:33Langkah itu bertujuan meningkatkan kualiti hidup pekerja dan memastikan keadilan terutama bagi pengawal keselamatan dan kakitangan yang bertanggungjawab, mengawasi primis
00:43serta harta benda.
00:46Undang-undang ini mencerminkan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf buruh tai selaras dengan keadaan kerja sebenar terutama bagi mereka yang
00:54bekerja dalam masa yang panjang berterusan.
00:57Langkah itu juga bagi memastikan mereka menerima pampasan sewajarnya dan peningkatan ketara dalam kualiti hidup.
01:04Lalida berkata peraturan itu menandakan peningkatan ketara dalam hak pekerja dengan membatalkan pengecualian sebelumnya di bawah peraturan 2009 yang mengecualikan
01:16pekerjaan sedemikian daripada menerima gaji lebih masa.
01:19Di bawah peruntukan utama, majikan dikendaki membayar lebih masa tidak kurang daripada 1.25 kali kadar gaji sejam untuk kerja
01:29melebihi 8 jam pada hari bekerja biasa dan tidak kurang daripada 2.25 kali kadar gaji sejam untuk kerja lebih
01:37masa pada hari cuti.
01:39Tambahnya dalam kes waktu bekerja dipersetujui melebihi 8 jam sehari seperti kerja shift tetapi tidak melebihi 48 jam seminggu secara
01:50keseluruhan,
01:51majikan masih perlu membayar pampasan pada kadar yang ditetapkan untuk jam bekerja melebihi 8 jam sehari sekaligus memastikan layanan adil
02:01kepada pekerja.
Comments