00:00Pendekatan pelbagai sumber tenaga yang dilaksanakan Sarawak dilihat menjadi faktor penting dalam membantu negeri itu berdepan impak konflik global, khususnya
00:10melibatkan kenaikan harga bahan api.
00:12Kata Abang Johari, strategi awal kerajaan negeri beralih kepada sumber tenaga alternatif seperti solar, hydro, biomass dan turbine gas telah
00:21mengurangkan kebergantungan terhadap diesel.
00:26Menurutnya langkah itu membolehkan Sarawak kekal lebih stabil berbanding kawasan lain yang masih bergantung kepada bahan api fosil.
00:34Tetapi kita bersyukur kerana kita telah buat keputusan lebih awal, alternatif energi.
00:41Kalau tidak rumah panjang akan petang, kalaupun ada duit, whether you got stock or not, diesel.
00:50Dan juga di kampung kita luar bandar, kita dah menggunakan saris.
00:55Saya rasa saya suju mungkin ada perang keadaan itu, tapi kita dah ada fikir untuk menukarkan tenaga kita kepada tenaga
01:06yang boleh diperbaharui.
01:08Beliau menjelaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui termasuk melalui skim pembekalan elektrik alternatif luar bandar Sarawak,
01:16turut memastikan bekalan elektrik lebih stabil terutama di kawasan pedalaman.
01:21Ujahannya lagi, Sarawak juga dijangka bebas penuhnya daripada kebergantungan kepada penjanaan elektrik berasaskan diesel
01:29apabila kawasan Limbang dan Lawas disambungkan ke grid elektrik negeri masing-masing pada Julai dan Disember tahun ini.
01:37Usaha itu melengkapkan peralihan negeri kepada sumber tenaga lebih bersih dan stabil,
01:42sekaligus mengurangkan pendedahan kepada turun naik harga bahan api.
Comments