Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kementerian Kesihatan Malaysia meluluskan peruntukan berjumlah RM2.43 juta bagi memperkukuh ekosistem kesihatan di SArawak, khususnya di Hospital Umum Sarawak.
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan KKM meluluskan peruntukan berjumlah RM2.43 juta bagi memperkukuh ekosistem kesihatan di Sarawak, khususnya di Hospital Umum Sarawak.
00:11Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata peruntukan itu melibatkan RM930,000 bagi menaik taraf infrastruktur di Pusat Penyelidikan
00:21Klinikal, CRC.
00:24Menurut beliau, langkah itu penting bagi menampung peningkatan beban ujian klinikal selaras dengan pengiktirafan CRC sebagai pusat penyelidikan onkologi terkemuka.
00:36Peruntukan RM1.5 juta pula disediakan bagi perolehan sistem ultrasound berteknologi tinggi untuk unit perubatan Metaner Fetal bagi memperkukuh keupayaan
00:46susulan kejayaan pembedahan perinatal spina bifida di Hospital Umum Sarawak.
00:52Tambah beliau, perolehan peralatan baharu itu akan menamatkan kebergantungan terhadap pinjaman peralatan luar serta membolehkan pemantauan pembedahan secara masa nyata
01:02yang lebih selamat.
01:04Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menerjemahkan aspirasi rakyat melalui tindakan yang
01:15konkret.
01:15Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan rasmi ke Hospital Umum Sarawak, Kuching pada Khamis.
Comments

Recommended