00:00Tabung Kewangan Antarabangsa IMF menjangkakan sekurang-kurangnya beberapa negara akan memohon program pinjaman baru bagi menangani lonjakan harga tenaga dan
00:09gangguan rantaian bekalan yang berpunca daripada perang di Asia Barat.
00:14Pengarah urusan IMF Ristalina Georgieva turut memberi amaran mengenai gangguan bekalan yang semakin buruk akibat penutupan selat hormos serta menggesa
00:24negara-negara mengambil langkah mengurangkan penggunaan bahan api.
00:30Georgieva mengulangi amaran mengenai gangguan akibat perang boleh mencetuskan permintaan baharu bantuan kewangan antara 20 bilion hingga 50 bilion dolar
00:39Amerika termasuk pinjaman baharu dan tambahan kepada 39 program pembiayaan sedia ada IMF.
00:46Beliau bagaimanapun tidak menyebut negara tertentu yang telah memohon bantuan.
00:51Georgieva turut menyatakan kebimbangan terhadap gangguan fizikal rantaian bekalan khususnya bagi negara Asia yang bergantung kepada minyak, gas asli, nafta,
01:02helium, baja dan input lain dari negara teluk.
01:05Beliau menegaskan gangguan tersebut tidak akan pulih dengan cepat walaupun negara berakhir kerana pergerakan kapal tangki yang perlahan bermakna kesannya
01:15dijangka berlarutan selama beberapa minggu akan datang.
01:19IMF sebelum ini telah menyatakan bahawa keadaan ekonomi global semakin merosot berbanding unjuran pertumbuhan 3.1% bagi 2026 yang
01:30dibuat berdasarkan andaian konflik berakhir dengan cepat dan harga minyak menurun.
Comments