Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Menteri Luar Korea Selatan Cho Hyun minggu ini mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Brazil dan Mexico bagi membincangkan kerjasama rantaian bekalan susulan krisis di Asia Barat menurut kementerian luar negara itu pada Khamis.
Transcript
00:00Menteri Luar Korea Selatan Choo Huan Minggu ini mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejauh tanya dari Brazil dan Meksiko
00:08bagi membincangkan kerjasama rantaian bekalan susulan krisis di Asia Barat menurut Kementerian Luar Negara itu pada Kamis.
00:16Dalam perbualan pada Rabu dengan Menteri Luar Brazil, Choo menjelaskan usaha Seoul untuk mendapatkan laluan bekalan tenaga alternatif
00:24bagi minyak mentah dan sumber lain yang banyak diimport negara itu dari Asia Barat.
00:30Kedua-dua menteri turut membincangkan langkah susulan bagi melaksanakan hasil sidang kemuncak antara Presiden Lee J. Mu
00:37dan Presiden Brazil Luis Inacio Lula da Silva pada Februari.
00:42Kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan pertukaran beringkat tinggi serta bekerjasama dalam isu ratayan bekalan dan isu global
00:50termasuk yang berkaitan dengan semenanjung Korea.
00:53Choo kemudian bercakap dengan Menteri Luar Meksiko yang baru Roberto Velasco pada Kamis
00:59dan meminta kerjasama Meksiko bagi memastikan bekalan minyak mentah yang stabil untuk syarikat Korea.
01:05Meksiko merupakan antara pengeluar minyak utama di Amerika Latin.
01:09Choo turut menekankan keperluan untuk mempercepat usaha memperkukuh perkongsian ekonomi dengan Meksiko
01:15termasuk meneruskan semula rundingan perjanjian perdagangan bebas dua hala.
01:19Kedua-dua pihak turut bersetuju mempertingkat kerjasama dalam kecerdasan buatan AI, angkasa lepas dan teknologi canggih lain.
Comments

Recommended