00:00Pasaran saham AS ditutup macam-campur pada Rabu dengan indeks S&P 500 dan Nasdaq Composite masing-masing mencatat paras
00:07tertinggi baru.
00:09Indeks Dow Jones Industrial Average susut 0.15% kepada 48,463.72 mata dan S&P 500 meningkat 0
00:21.8% untuk ditutup pada rekod baru 7,022.95 mata.
00:30Nasdaq Composite melonjak 1.59% kepada 24,016, 0.2 mata sekaligus melanjutkan kenaikan kepada 11 sesi berturut-turut.
00:42Sebanyak tujuh daripada 11 sektor utama S&P 500 ditutup lebih rendah dengan sektor bahan mentah dan perindustrian mencatat penurunan
00:50terbesar masing-masing 1.3% dan 1.24%.
00:56Sektor teknologi dan barangan pengguna pula menjadi penyumbang utama kenaikan masing-masing meningkat 2.08% dan 1.37%.
01:07Pasaran saham meningkat kukuh sepanjang minggu ini susulan harapan bahawa perjanjian antara AS dan Iran akan dapat dicapai.
01:16Syarikat Broadcom antara yang mencatat prestasi menonjol dengan kenaikan 4.119% selepas meta platform mengumumkan lanjutan kerjasama bagi penggunaan
01:26cip khusus berasaskan teknologi Broadcom.
01:29Dalam perkembangan ekonomi Federal Reserve dalam laporan Beach Book menyatakan ekonomi Amerika Syarikat berkembang pada kadar sedikit hingga sederhana dalam
01:40beberapa minggu kebelakangan ini walaupun pengguna berdepan kenaikan harga dan peningkatan permintaan bantuan.
01:47Laporan itu turut menyifatkan perang di Asia Barat sebagai sumber ketidaktentuan utama bagi perniagaan dengan inflasi kekal sederhana walaupun kos
01:56tenaga dan bahan api meningkat.
01:58Beberapa wilayah turut melaporkan tekanan kewangan dalam kalangan pengguna, peningkatan sensitiviti harga serta peningkatan permintaan bantuan makanan walaupun perbelanjaan pengguna
02:10berpendapatan tinggi kekal kukuh.
02:13Kesemua saham syarikat teknologi gegerasi Magnificent Seven ditutup lebih tinggi kecuali Amazon dengan Tesla mencatat lonjakan terbesar sebanyak 7.62%.
02:28Terima kasih kerana menonton!
Comments