00:00Thailand berdepan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan tahun ini akibat konflik Asia Barat dan hampir tiada had bagi sinario ekonomi
00:08terburuk jika konflik itu berterusan.
00:11Pendulung Governor Bank Pusat Thailand berkata pertumbuhan negara itu semakin perlahan kerana Thailand antara ekonomi paling terdedah di dunia akibat
00:21kebergantungan tinggi kepada import tenaga.
00:26Sektor pelancongan turut merosot manakala kos import meningkat dengan banyak perkara sedang bergerak ke arah aliran menurun.
00:33Beliau menjelaskan pelancongan dari negara teluk hampir sifar pada Mac selepas serangan dari Iran menyebabkan lapangan terbang serantau ditutup.
00:43Angka tersebut masih belum pulih sepenuhnya sedangkan pelawat dari negara kaya itu biasanya menyumbang sekitar 7% daripada jumlah perbelanjaan
00:51pelancongan Thailand.
00:53Bilangan pelancong dari Malaysia yang juga antara penyumbang utama pertumbuhan sektor tersebut turut menurun kerana kos bahan api yang tinggi
01:01menjejaskan perjalanan darat ke Thailand.
01:05Bank Pusat telah menyemak semula unjuran asas pertumbuhan KDNK kepada 1.3% bagi 2026 dengan andaian perang berakhir pada
01:16separuh kedua tahun ini.
01:17Unjuran itu lebih rendah berbanding jangkaan Disember sebanyak 1.9% manakala kerajaan sebelum ini menjangka pertumbuhan antara 1.5
01:28% hingga 2.5%
01:31Dalam sinerio ini, inflasi dijangka mencecah 3.5%
01:36Polisi fiskal juga berdepan ketidaktentuan dengan unjuran lebih akaun semasa sekitar 12 bilion dolar Amerika perlu disemak semula ke bawah
01:46dan tidak menolak kemungkinan menjadi divizit.
01:49Bank Pusat hanya mungkin mempertimbangkan kenaikan kadar faedah jika inflasi berpanjangan lebih setahun dan walaupun begitu ia tidak dijamin kerana
01:59kenaikan kadar faedah tidak banyak membantu menangani inflasi berpunca daripada gangguan bekalan.
Comments