Skip to playerSkip to main content
  • 23 hours ago
Bahan api bio daripada sisa seperti minyak masak terpakai dilihat mampu mengurangkan kebergantungan kepada minyak mentah, khususnya dalam penerbangan, namun memerlukan pembangunan bahan mentah dan infrastruktur lebih awal untuk berfungsi berkesan ketika krisis.
Transcript
00:00Bahan api bio berasaskan sisa seperti minyak masak terpakai dilihat mampu membantu memperkukuhkan ketahanan bekalan khususnya dalam sektor penerbangan.
00:10Pengasas Afetops Energy, Vinesh Sinha berkata, walaupun bukan peganti sepenuhnya bahan api fosil, namun ia memainkan peranan penting untuk mempelbagaikan
00:20sumber tenaga dan mengurangkan kebergantungan kepada minyak mentah yang khusus.
00:28Katanya pendekatan disentralisasi, iaitu mendapatkan bahan mentah daripada pelbagai sumber sisa, akan mengurangkan risiko kebergantungan kepada satu sumber utama, sekaligus
00:37menjadikan sistem tenaga lebih seimbang dan stabil ketika krisis.
00:43Namun beberapa kekangan utama masih perlu ditangani, termasuk pembangunan sumber bahan mentah dan keupayaan mempercepatkan pelaksanaan infrastruktur.
01:18Pada masa yang sama, Vinesh mengingatkan agar pembangunan tenaga alternatif tidak hanya dipacu ketika krisis berlaku.
01:26Sebaliknya, usaha perlu dimulakan lebih awal bagi memastikan penyelesaian sedia ada mampu berfungsi secara efektif apabila negara berdepan gangguan bekalan
01:35tenaga.
01:36Dan berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Khamis.
Comments

Recommended