00:00Polis Diraja Malaysia PDRM mula menugaskan anggota di stesen minyak berisiko tinggi keterisan bahan api bersubsidi khususnya di kawasan sempadan
00:10negara.
00:11Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Keteteraman Awam JKDNKA Bukit Aman, Datuk Fisul Saleh berkata,
00:19penugasan tersebut melibatkan elemen pasukan gerakan arm PGA bersama kontingen enam negeri sempadan iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Perak, Sabah dan
00:29Sarawak.
00:30Menurut beliau, sebanyak 36 stesen minyak telah diklasifikasikan sebagai hotspot,
00:36manakala 55 lagi dikenalpasti berisiko susulan peningkatan aktiviti ketirisan yang dipercayai dipengaruhi faktor semasa, termasuk krisis tenaga global.
00:47Fisul berkata, tumpuan penugasan adalah di stesen minyak yang beroperasi antara 6.30 pagi hingga 11.30 malam,
00:55iaitu tempoh puncak urus niaga yang dikenalpasti berpotensi tinggi berlaku penyelewengan.
01:01Bagi stesen minyak yang beroperasi 24 jam katanya, pemantauan dan penugasan dilaksanakan sepanjang masa.
01:08Beliau menegaskan, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha bersepadu PDRM
01:14dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarahidup KPDN
01:18bagi memperkukuh kawalan di sempadan selain memastikan penyaluran bahan api bersubsidi hanya kepada golongan layak.
01:26Langkah ini merupakan perluasan kepada penempatan statik penguatkuasa KPDN
01:31yang telah dilaksanakan sejak 20 Mac lalu selaras dengan keputusan Jemaah Menteri
01:36yang bersetuju menempatkan anggota polis di stesen minyak
01:40bagi mengekang peningkatan risiko ketirisan bahan api.
Comments