Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mencadangkan Mahkamah Syariah di seluruh negara melaksanakan prosiding sebutan kes secara dalam talian sebagai langkah penjimatan tenaga susulan krisis tenaga global yang berterusan.
Transcript
00:00Persatuan Peguam Syarii Malaysia, PGSM, mencadangkan Mahkamah Syariah di seluruh negara untuk melaksanakan proseding sebutan kes secara dalam talian sebagai
00:09langkah penjimatan tenaga, susulan krisis tenaga global yang berterusan.
00:14Presidennya Musa Awang berkata cadangan itu melibatkan proseding sebutan kes yang membabitkan masyarakat awam serta Peguam Syarii, manakala proseding perbicaraan,
00:23keputusan dan malisuh dicadangkan kekal dilaksanakan secara fizikal.
00:30Menurut beliau, pelaksanaan proseding dalam talian juga selari dengan peruntukan Undang-Undang Sediada yang membenarkan penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh
00:39dalam urusan Mahkamah Syariah.
00:41Antaranya termasuk Seksyen 40A Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993 Pindaan 2024 yang membenarkan hakim atau pendaftar
00:51menentukan proseding kes mal dijalankan secara dalam talian.
00:55Selain itu, Seksyen 3 Enakmen Tata Cara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003 Pindaan 2022 turut mentafsirkan kehadiran sebagai termasuk
01:05melalui teknologi komunikasi jarak jauh.
01:07Dalam pada itu, PJSM memaklumkan pelaksanaan awal boleh dimulakan di kawasan berimpak tinggi seperti Lembah Kelang serta Ibu Negeri dan
01:15Bandar Utama Lain yang berdepan kesesakan trafik.
01:18Katanya langkah itu bukan sahaja menjimatkan penggunaan tenaga malah membantu mengurangkan beban masyarakat awam dan peguam syari'i yang perlu
01:26hadir ke mahkamah.
Comments

Recommended