00:00Seorang ahli perniagaan wanita menarik balik laporan polis terhadap anak penyanyi sebuah kumpulan terkenal era 90-an dan dua rakannya
00:08yang didakwa mencuri sebuah kereta Ferrari miliknya.
00:11Peguam Muhammad Firdaus Jumaluddin yang mewakili anak penyanyi itu, Muhammad Alif Naim Muhammad Azmir, 40 tahun berkata,
00:18pertikaian antara wanita terbabit yang merupakan pengadu dalam kes itu dengan ketiga-tiga lelaki berkenaan telah diselesaikan termasuk membuat permohonan
00:26maaf secara baik.
00:29Bagaimanapun, Firdaus berkata pihaknya masih menunggu pengesahan rasmi daripada pihak penyiasat sebelum ia dikemukakan ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
00:38Pada presiden kes itu, Timbalan Pendawa Raya Muhammad Azuddin Ratuan memaklumkan kepada Magistret Norma Izan Rahim bahawa pihaknya memohon perbicaraan
00:46yang bermula pada Rabu ditangguhkan ke tarikh lain,
00:50memandangkan pihaknya tiada rekod berkenaan penarikan balik laporan polis yang dibuat oleh pengadu.
00:54Nur Maizan menetapkan sebutan kes pada 27 April bagi mengetahui status penarikan balik laporan polis itu.
01:02Muhammad Alif Naim, Nur Kayyum Zainuri dan Nur Kamrul Azli Muhammad Nur Hussein didakwa bersama-sama mencuri sebuah kereta Ferrari
01:09bernilai RM300,000
01:11milik seorang wanita berusia 55 tahun di sebuah pusat cuci kereta di Jalan Hillview, Hulu Kelang pada jam 11.08
01:19pagi 17 November 2024.
01:21Mereka didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.
01:29Mereka juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan menyimpan harta curi mengikut Seksyen 411 Kanun Kesiksaan.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments