Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket pemerdagangan manusia dan pemalsuan dokumen menerusi operasi khas pada Isnin dan Selasa lalu.
Transcript
00:00Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket pemerdagangan manusia dan pemalsuan dokumen menerusi operasi khas OPSERKAP pada Isnin dan selasa lalu.
00:11Siasatan awal mendapati sindiket terbabit dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak 2019 dan mengaut keuntungan mencecah RM100 juta dalam tempoh itu.
00:23Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Syakban berkata operasi hasil risikan selama enam bulan itu dilaksanakan di enam lokasi sekitar ibu
00:32negara, sesulan maklumat awam dan laporan media.
00:35Antaranya yang kita rampas ialah 111 pasport pelbagai negara, 10 buah komputer riba, 6 buah telefon bimbit serta wang tunai
00:46berjumlah RM3,950.
00:51Kita juga menahan 9 individu, subjek berumur antara 26 hingga 61 tahun dan mereka terdiri daripada 3 lelaki warga Nepal,
01:093 lelaki India, 1 lelaki warga Bangladesh, 1 lelaki tempatan warga Malaysia
01:19dan seorang wanita warga Vietnam pemegang PR, pemastautin tetap.
01:28Dalam operasi itu, Imigresen turut bekerjasama dengan polis diraja Malaysia dan lembaga hasil dalam negeri bagi memperluaskan siasatan termasuk meneliti
01:37kemungkinan pembabitan rangkaian lain serta aliran kewangan sindiket.
01:42Kes disiasat mengikut Undang-Undang Imigresen serta Akta Perjagaan Pengubahan Wang Haram, Perjagaan Pembayaan Kekanasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram
01:512001.
Comments

Recommended