Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
PETRONAS memberi jaminan bekalan bahan api di stesen minyak kekal mencukupi hingga Jun 2026, dengan pengurusan rantaian bekalan diperkukuh bagi mengekang kesan krisis tenaga global.
Transcript
00:00Petronas mengesahkan bekalan bahan api di semua stesennya di seluruh negara terjamin sehingga akhir Jun berbanding sehingga akhir Mei yang
00:09dibuat sebelum ini.
00:10Dalam kenyataannya, Petronas memaklumkan syarikat akan terus aktif menguruskan rantaian bekalan bagi memastikan bekalan cukup bagi semua stesen minyaknya susulan
00:20krisis tenaga global akibat konflik Asia Barat.
00:24Ujarnya, Petronas membekalkan kira-kira 50% keperluan bahan api negara menerusi Petronas Dagangan Berhad, manakala jumlah selebihnya dibekalkan oleh
00:33syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia.
00:37Pada masa sama, syarikat minyak dan gas negara itu turut mengulangi komitmen dalam memastikan bekalan bahan api yang stabil serta
00:45boleh diharapkan untuk semua rakyat negara ini.
00:48Penggunaan secara bertanggungjawab itu akan turut memastikan semua mendapat akses bekalan berkenaan secara berterusan.
00:56Perdana Menteri Datuk Suryano Ibrahim sebelum ini berkata, Petronas sedang membantu kerajaan dalam pembekalan minyak dan gas yang mencukupi sekurang
01:05-kurangnya sehingga Mei 2026.
01:07Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended