00:00Perdana Menteri Australia Anthony Albanese akan melawat Malaysia dari 15 hingga 17 April yang menjadi antara usaha Malaysia yang menguruskan
00:08risiko keselamatan tenaga dalam tempoh ketidaktentuan global yang berterusan.
00:12Menurut Wisma Putera dalam kenyataan pada Selasa, melalui kerjasama yang erat dengan Australia, Malaysia sedang berusaha memastikan akses berterusan ke
00:20atas sumber kritikal, terutama gas asli cecair LNG yang diperlukan untuk penjanaan elektrik dan aktiviti perindustrian.
00:30Pada masa sama, lawatan itu menghasilkan manfaat nyata dalam bidang keselamatan makanan, pelaburan dan teknologi.
00:37Langkah ini juga jelas Wisma Putera mencerminkan Perdekatan Kerajaan dalam menggabungkan hala tujuh dasar yang jelas dengan penyampaian ketara apabila
00:47kerjasama antarabangsa diteruskan atas dasar situasi yang saling menguntungkan untuk memastikan manfaat sebenar kepada rakyat.
00:55Wisma Putera memaklumkan selat hormus kekal sebagai laluan transik global yang kritikal yang membawa kira-kira 20% daripada penghantaran
01:04minyak global.
01:06Wisma Putera memaklumkan ketidaktentuan pasaran tenaga global telah menjejaskan pelbagai ekonomi, termasuk Australia, yang telah melaksanakan antaranya pelepasan rezat bahan
01:16api strategik bagi menguruskan tekanan bekalan.
01:19Sehubungan itu, lawatan berkenaan memberi tumpuan untuk mengukuhkan kerjasama praktikal antara Malaysia dan Australia bagi mengekalkan aliran tenaga yang stabil
01:29dan boleh dipercayai.
Comments