00:00Baik industri penerbangan dan pelancongan negara menerima tempias ketara sesulang konflik Asia Barat yang berterusan.
00:06Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata,
00:09ia terbukti selepas sebanyak 55 penerbangan mingguan melibatkan 6 syarikat penerbangan dibatalkan bagi tempoh 23 hingga 28 Mac 2026.
00:20Tekanan sudah mula muncul tetapi belum menjadi gangguan menyeluruh kepada ekonomi domestik.
00:27Daripada data yang dikemaskini, pergerakan pengangkutan laut dan darat masih relatifnya stabil,
00:35khususnya bagi pengendalian kago dan pergerakan penumpang pengangkutan awam.
00:42Namun begitu, sektor penerbangan dan pelancongan sudah menunjukkan tanda tekanan.
00:49Sebanyak 55 penerbangan mingguan melibatkan 6 syarikat penerbangan telah dibatalkan
00:55bagi tempoh 23 hingga 28 Mac 2026 dan ketibaan pelancong bagi 1 hingga 25 Mac menunjukkan penurunan
01:07dengan unjuran penyusutan penumpang penerbangan dari Asia Barat sebanyak 1.5 juta orang bagi tahun 2026.
01:19Dalam pasaran buruh pula, impak yang lebih nyata dijangka muncul pada suku kedua 2026 iaitu bermula Jun sekiranya konflik berlarutan
01:31yang mana jumlah kehilangan pekerja keseluruhan menurun dari Januari ke Minggu Pertama April.
01:39Ini menunjukkan bahawa krisis ini mempunyai lag efek.
01:44Hari ini kita nampak tekanan kos, beberapa minggu atau bulan kemudian baru kita nampak tekanan terhadap pekerjaan dan pendapatan.
01:55Maka dengan itu, kerajaan melalui M10 sedang meneliti mitigasi sesuai untuk mengurangkan keresahan kita dalam isu ini.
Comments