Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Bank Rakyat perlu meneroka peluang baharu dan membangunkan model perniagaan yang lebih berdaya saing serta mampan. Beliau turut menekankan pengukuhan perbankan Islam berteraskan prinsip keadilan, ihsan dan keterangkuman selari aspirasi Malaysia MADANI.
Transcript
00:00Bank kerjasama rakyat Malaysia Berhad, Bank Rakyat perlu meneroka peluang baru ke arah mewujudkan model perniagaan yang lebih berdaya saing
00:07dan mampan.
00:09Perdana Menteri Datuk Suri Anwar Ibrahim berkata Bank Rakyat perlu menggalas tanggungjawab institusinya dengan lebih berani dan berwawasan, khususnya ketika
00:17landscape kewangan berdepan cabaran global dan persaingan yang semakin sengit.
00:23Anwar menerima kunjungan hormat pengurusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ketua Pekat Eksekutif Ahmad Syarin Mohd Syarif
00:31bagi meneliti prestasi kewangan 2025 serta hala tujuh strategik institusi itu untuk tahun-tahun mendatang.
00:38Perdana Menteri turut merakamkan perhagaan terhadap prestasi takbik urus dan kedudukan kewangan Bank Rakyat yang kekal kukuh sepanjang tahun lalu
00:46sekaligus mencerminkan disiplin dan komitmen tinggi dalam mengurus amanah rakyat.
00:51Pada masa yang sama, perbincangan turut tertumpu kepada usaha memantapkan sistem perbankan dan kewangan Islam. Anwar menegaskan bahawa prinsip keadilan,
01:00ihsan dan keterangkuman mesti terus menjadi teras dalam memperluas peranan kewangan Islam.
01:05Anwar menekankan bahawa pengukuhan perbankan Islam bukan sahaja penting dari sudut pertumbuhan ekonomi, malah sebagai instrumen memperluas keterangkuman kewangan dan
01:15memastikan manfaat pembangunan sampai kepada semua lapisan masyarakat.
Comments

Recommended