Skip to playerSkip to main content
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata impak nyata pasaran buruh dijangka muncul pada suku kedua 2026 bermula Jun jika konflik berlanjutan dengan jumlah kehilangan pekerja menurun. #AWANInews
Transcript
00:00Tekanan sudah mula muncul, tetapi belum menjadi gangguan menyeluruh kepada ekonomi domestik.
00:08Daripada data yang dikemas kini, pergerakan pengangkutan laut dan darat masih relatifnya stabil,
00:15khususnya bagi pengendalian kago dan pergerakan penumpang pengangkutan awam.
00:21Namun begitu, sektor penerbangan dan pelancongan sudah menunjukkan tanda tekanan.
00:27Sebanyak 55 penerbangan mingguan melibatkan 6 syarikat penerbangan telah dibatalkan bagi tempoh 23 hingga 28 Mac 2026
00:39dan ketibaan pelancong bagi 1 hingga 25 Mac menunjukkan penurunan dengan unjuran penyusutan penumpang penerbangan
00:50dari Asia Barat sebanyak 1.5 juta orang bagi tahun 2026.
00:57Dalam pasaran buruh pula, impak yang lebih nyata dijangka muncul pada suku ke-2 2026
01:05iaitu bermula Jun sekiranya konflik berlarutan
01:11yang mana jumlah kehilangan pekerja keseluruhan menurun dari Januari ke Minggu pertama April.
01:18Ini menunjukkan bahawa krisis ini mempunyai lag efek.
01:23Hari ini kita nampak tekanan kos, beberapa minggu atau bulan kemudian baru kita nampak tekanan terhadap pekerjaan dan pendapatan.
01:35Maka dengan itu, kerajaan melalui M10 sedang meneliti mitigasi sesuai untuk mengurangkan keresahan kita dalam isu ini.
01:45Kerajaan sentiasa memantau tekanan harga namun risiko kenaikan kehadapan perlu diurus dari sekarang.
Comments

Recommended