00:00Asas ekonomi negara masih kukuh tetapi risiko luaran sedang meningkat. Kita tidak boleh terlalu selesa dan kita juga tidak boleh
00:11terlalu gelisah. Kita mesti mendepani hari ini dan akan datang dalam suasana new normal bahawa krisis ini menyebabkan harga minyak
00:22akan kekal pada tahap lebih tinggi berbanding sebelum krisis bermula.
00:27Tugas kerajaan ialah memastikan momentum pertumbuhan ini tidak terganggu secara berlebihan oleh faktor luar yang bukan di bawah kawalan kita.
00:40Kerajaan juga tidak membuat penilaian berdasarkan andaian semata-mata. Kementerian Ekonomi sedang memantau 107 indikator terpilih termasuk 61 indikator berfrekuensi
00:56tinggi.
00:56Semua sektor terkesan pada tahap yang berbeza dan sektor isi rumah antara yang paling sensitif kerana kenaikan harga bahan api
01:07memberi kesan terus kepada perbelanjaan harian.
01:12Tekanan sudah mula muncul tetapi belum menjadi gangguan menyeluruh kepada ekonomi domestik.
01:18Terima kasih.
01:19Terima kasih.
Comments