00:00Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI menggesel lebih banyak syarikat, khususnya syarikat multinasional MNC, agar melabur dalam kemudahan sukan.
00:09Timbalan Menterinya Sim Sizin berkata, ini sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesejahteraan pekerja serta mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih
00:19inklusif dan mampan.
00:22Ujaria, inisiatif seperti pembinaan kompleks sukan, kini dilihat sebagai satu keperluan penting dalam menyokong kesejahteraan pekerja, meningkatkan produktiviti dan membantu
00:33syarikat menarik bakat dalam pasaran buruh yang semakin kompetitif.
00:37Mengulas lanjut Sim berkata, walaupun Malaysia mempunyai banyak pembangunan industri, namun kemudahan sukan seperti padang bola sepak, gelanggang bola keranjang
00:47dan fusa masih belum mencukupi.
00:50Justeru, syarikat perlu memberi perhatian terhadap aspek kesihatan pekerja kerana ia memberi kesan langsung kepada produktiviti.
00:58Tambahnya lagi, kemudahan sedemikian juga semakin penting dalam memenuhi jangkaan tenaga kerja masa kini, khususnya golongan Gen Z yang lebih
01:07menitik beratkan keseimbangan kerja dan kehidupan serta gaya hidup yang lebih sihat.
01:11Beliau berkata, selain meningkatkan kesihatan fizikal, kemudahan sukan turut berperanan sebagai platform untuk memperkukuh kerja berpasukan.
01:20Kerjasama dan hubungan dalam kalangan pekerja sekaligus menyumbang kepada peningkatan produktiviti serta kesejahteraan organisasi.
01:28Katanya, MITI akan terus menyokong pelaburan yang bukan saja memacu pertumbuhan ekonomi, malah menitik beratkan pembangunan bakat, kesejahteraan pekerja dan
01:38kelestarian jangka panjang.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments