Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara menyatakan pada Isnin bahawa mereka tidak akan terlibat dalam pelan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengenakan sekatan terhadap pelabuhan Iran, sebaliknya hanya bersedia campur tangan selepas konflik berakhir.
Transcript
00:00Sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO menyatakan mereka tidak akan terlibat dalam pelan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk mengenakan
00:08sekatan terhadap pelabuhan Iran, sebaliknya hanya bersedia campur tangan selepas konflik berakhir.
00:14Keputusan itu dijangka menambah ketegangan dalam Pakatan Ketenteraan tersebut ketika Washington terus memperhebat tekanan terhadap Teheran, sesudah kegagalan rundingan hujung
00:24minggu untuk menamatkan konflik enam minggu.
00:28Trump sebelum ini memberi amaran bahawa Tentera Amerika Syarikat akan memusnahkan mana-mana kapal Iran yang menghampiri sekatan yang bermula
00:37Isnin selepas usaha diplomatik menemui jalan buntu.
00:41Walaupun pada awalnya beliau menyatakan sekatan itu akan dilaksanakan bersama negara lain melibatkan laluan Slat Hormuz, pihak Tentera Amerika Syarikat
00:50kemudian menjelaskan ia hanya terpakai kepada kapal yang menuju atau keluar dari pelabuhan Iran.
00:57Sejak perang bermula pada 28 Februari, Iran sebahagian besarnya menyekat laluan tersebut kepada kapal selain miliknya sambil berusaha menjadikan kawalan
01:07itu kekal dan berpotensi mengenakan charge kepada kapal yang melaluinya.
01:13Namun sekutu NATO termasuk United Kingdom dan Perancis menegaskan mereka tidak akan terheret dalam konflik dengan menyertai sekatan itu.
01:21Sebaliknya sedang merangka inisiatif untuk membuka semula laluan perkapalan yang mengendalikan kira-kira 1 per 5 bekalan minyak dunia.
01:30Perdana Menteri United Kingdom, K. Stammer berkata, negaranya tidak menyokong sekatan tersebut walaupun berdepan tekanan.
01:39Setiausaha agung NATO, Mark Rutte pula memaklumkan kerajaan Eropah bahawa Trump mahukan komitmen konkret dalam masa terdekat untuk membantu menjamin
01:48keselamatan Selat Hormuz.
01:50Rutte berkata, NATO berpotensi memainkan peranan sekiranya kesemua 32 anggotanya bersetuju menubuhkan satu misi khas.
01:59Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended