00:00Tentera Amerika Syarikat memperincikan sempadan sekatan di Selat Hormuz dengan meluaskannya hingga ke Teluk Oman dan Laut Arab.
00:07Data penjejakan menunjukkan beberapa kapal berpatah balik sejurus sekatan mula berkuatkuasa.
00:12Dalam notis kepada pelaut, Komando Pusat Amerika Syarikat memaklumkan,
00:17mana-mana kapal yang memasuki atau meninggalkan kawasan sekatan tanpa kebenaran berdepan risiko dipintas, dialihkan atau ditahan.
00:26Bagaimanapun, laluan transit neutral ke destinasi bukan Iran melalui Selat Hormuz tidak akan dihalang.
00:34Sekatan itu mula dikuatkuasakan pada jam 10 pagi waktu Timur Amerika pada Isnin.
00:40Data daripada perkhidmatan penjejakan marine traffic menunjukkan kapal tangki Rich Stary yang berlepas dari perairan Syarjah menuju ke China
00:50berpatah balik sejurus menghampiri selat berkenaan begitu juga sebuah lagi kapal Austria.
00:56Kedua-duanya berupaya membawa minyak dan bahan kimia.
01:01Pada masa sama, dua kapal tangki berkaitan Iran dilaporkan sempat keluar dari Teluk melalui selat tersebut sebelum sekatan dilaksanakan.
01:09Kapal Aurora membawa produk minyak Iran manakala kapal New Future mengangkut diesel yang dimuatkan dari pelabuhan Humberia di Emiria Arab
01:191.
01:20Kedua-duanya merupakan antara sekurang-kurangnya lapan kapal yang berjaya melalui selat hormus sebelum sekatan bermula.
01:27Notis Tentera Amerika Syarikat turut menyatakan sekatan meliputi keseluruhan garis pantai Iran namun penghantaran kemanusiaan termasuk makanan, bekalan perubatan dan
01:39barangan keperluan asas masih dibenarkan tetakluk kepada pemeriksaan.
01:44Sementara itu, Setiausaha Agong Pertubuhan Maritim Antarabangsa Arsenio Dominguez berkata sekatan tersebut dijangka memanjangkan gangguan pergerakan kapal yang telah berlaku
01:55sejak konflik bermula.
01:56Beliau memaklumkan kira-kira 20,000 pelaut dan sekitar 1,600 kapal kini terkandas di kawasan teluk akibat situasi berkenaan.
Comments