Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Lebih 19 buah rumah di FELDA Lubuk Merbau, Mukim Tekai Kiri, Padang Terap mengalami kerosakan akibat ribut kuat yang melanda kawasan itu pada petang Isnin. Kejadian sekitar jam 4 petang berkenaan turut menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menjejaskan kediaman penduduk. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap telah menjalankan pemantauan serta bancian di lokasi, namun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka dan kebanyakan mangsa memilih berpindah ke rumah saudara terdekat.
Transcript
00:00Lebih 19 buah rumah di Felda Lubuk Merbau, Mukim, Tekai, Kiri di Padang Terap pada Isnin mengalami kerusakan akibat ribut
00:06yang melanda kawasan itu.
00:08Menurut Pegawai Pertahanan Awam Taerah Padang Terap, Leftenan PA Mohd Rashidi Qasim, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung berhubung
00:17insiden berkenaan sekitar jam 5 petang.
00:22Ujarnya kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang telah menyebabkan beberapa batang pokok tumbang sekaligus menjejaskan kawasan kediaman
00:32penduduk.
00:33Hasil pemantauan pasukan APM di kawasan terjejas mendapati lebih 19 buah rumah telah terkesan akibat daripada ribut kuat yang melanda
00:42di kawasan tersebut.
00:43Selain itu, hasil perkongsian video dari orang awam di media sosial juga memaparkan angin kuat serta hujan lebat sedang berlaku
00:52yang menjadi punca kepada kerosakan ke atas selebih 19 buah rumah berkenaan.
00:57Bagaimanapun jelas Rashidi, setakat ini tiada pusat peminahan sementara dibuka di kawasan berkenaan memandangkan situasi masih terkawal.
01:06Tambah beliau, kebanyakan mangsa terjejas difahamkan memilih untuk berpindah sementara ke rumah saudara terdekat.
01:15Terima kasih telah menonton!
01:15Terima kasih telah menonton!
01:16Selamat menonton!
Comments

Recommended