Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Usaha diplomatik semakin giat digerakkan apabila Pakistan tampil memudah cara rundingan pusingan kedua antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), dalam usaha memastikan perbincangan dapat diteruskan bagi meredakan ketegangan yang masih berlarutan di Timur Tengah.
Transcript
00:00Pakistan giat memainkan peranan sebagai pengantara bagi menghidupkan semula rundingan pusingan kedua antara Iran dan Amerika Syarikat
00:08ia sekaligus membuka peluang baru ke arah penyambungan dialog selepas rundingan sebelum ini menemui jalan buntu
00:15Sumber kanan kerajaan Pakistan memaklumkan usaha sedang digerakkan bagi memastikan kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan dalam masa terdekat
00:24Matlamat utamanya untuk memperkukuh gencatan senjata yang sedia rapuh bagi memberi ruang kepada proses diplomasi
00:33Difahamkan rundingan bersemuka sebelum ini telah berlangsung di Islamabad pada hujung minggu lalu
00:39namun perbincangan itu gagal mencapai persetujuan muktamad berhubung usaha menamatkan konflik di rantau Timur Tengah
00:47Dalam perkembangan terbaru Islamabad dilaporkan masih menjadi lokasi pilihan untuk pusingan kedua rundingan berkenaan
00:56Namun tarikh dan tempat rasmi belum diputuskan kerana ia bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak yang terbabit dalam konflik
01:05Sementara itu Washington dan Teheran dilaporkan masih berpegang pada pendirian masing-masing dengan Amerika Syarikat menetapkan beberapa syarat keselamatan yang
01:15ketat
01:15Manakala Iran pula mendakwa terdapat tuntutan yang dianggap terlalu berat sebelah meskipun pintu rundingan masih belum ditutup sepenuhnya
Comments

Recommended