Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Mahkamah Koroner pada Selasa diberitahu Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri, namun tanda vitalnya masih normal.
Transcript
00:00Seterusnya, inques kematian Zara Khairina Mahathir bersambung.
00:04Mahkamah Korona Kota Kinabalu pada selasa diberitahu oleh saksi ke-69.
00:09Pihaknya adalah pasukan perubatan pertama yang tiba di lokasi kejadian,
00:13asrama sebuah sekolah menengah agama di Kinarut Papar.
00:16Penolong pegawai perubatan, Mohd Faizal Mohd Saimi berkata,
00:20Zara Khairina ditemui tidak sedarkan diri, namun tanda vitalnya masih normal.
00:30Saksi memaklumkan Zara mempunyai bacaan skala koma Glasgow 3 daripada 15 menunjukkan kecederaan serius.
00:38Namun tekanan darah, nadi penafasan dan oksigen kekal normal sepanjang perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth.
00:47Mangsa diberikan rawatan awal termasuk bantuan oksigen, namun tidak menunjukkan sebarang tindak balas.
00:55Beliau turut memaklumkan tidak memberikan sebarang ubat-ubatan kepada mangsa sepanjang rawatan kecemasan awal termasuk ubat seperti anti-covulsan seperti
01:05penitoin.
01:07Saksi turut menjelaskan, penitoin hanya digunakan sebagai pilihan terakhir bagi kesawan.
01:14Sebelum ini, mahkamah dimaklumkan bahawa ujian makmal susulan bedah siasat mengesan kehadiran ubat anti-covulsan dan penitoin dalam tisu buah
01:23pinggang mangsa.
01:25Zara Khairina, yang berumur 13 tahun, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025,
01:32sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asramanya di Papar.
01:37Prosedur Inquest akan bersambung pada Khamis.
Comments

Recommended