Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lima hari sehingga 18 April 2026 kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.
Transcript
00:00Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah badan berkanun di reman 5 hari sehingga 18 April 2026 kerana disyaki meminta dan menerima
00:09rasuah kira-kira 1 juta ringgit.
00:12Perintah reman itu dikeluarkan Magistret Izrin Zakaria di Mahkamah Magistret Putrajaya selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pagi selasa.
00:22Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan jam 7 malam Isnin di sebuah pusat beli belah di Lembah
00:30Kelang.
00:30Sasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta rasuah 1 juta ringgit sebagai balasan membantu meluluskan bayaran tututan kontraktor bagi projek pembinaan
00:40gelanggang squash bernilai 7 juta ringgit di Ibu Negara.
00:44Fahamkan suspek telah menerima RM500,000 secara tunai sebelum Aidilfitri lalu dan tambahan RM100,000 pada Isnin daripada kontraktor berkenaan
00:55di lokasi yang sama.
00:57SPRM mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
01:05Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended