Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Iran memberi isyarat sedia berunding, namun dengan syarat tegas hanya rundingan berasaskan prinsip dan logik akan dilayan, bukan tekanan atau helah diplomasi.
Transcript
00:01Iran berpendirian tegas bahawa sebarang rundingan dengan Amerika Syarikat hanya akan dilakukan jika berasaskan prinsip adil dan saling menghormati.
00:13Iran turut mengingatkan negara itu menolak sama sekali tekanan ugutan atau tuntutan berat sebelah sebagai syarat rundingan.
00:22Teheran menegaskan Amerika Syarikat gagal mencapai matlamat di medan perang dan kini cuba menembusi kekalahan melalui pelbagai provokasi dan tipu
00:33helah menerusi meja rundingan.
00:35Ketua Badan Kehakiman Iran, Kolam Hussein Mohseni Ijai berkata negaranya tidak menolak rundingan namun menegaskan ia mesti berlandaskan asas yang
00:46munasabah dan adil.
00:48Menurutnya, Washington hadir kerundingan di Islamabad pada Sabtu lalu dengan pendekatan lama termasuk mengemukakan dakwaan tidak berasas dan cuba mendapatkan
00:59apa yang gagal diraih melalui peperangan.
01:02Beliau turut menegaskan bahawa mempertahankan pencapaian dalam konflik tersebut menjadi tanggungjawab bersama daripada pemimpin kerajaan termasuk rakyat.
01:12Dalam pada itu, Mohseni Ijai memberi amaran bahawa walaupun terdapat kencatan senjata sementara, pasukan tentera Iran kekal dalam keadaan berjaga
01:22-jaga tanpa sebarang kelonggaran dalam kesiap siagaan mereka.
Comments

Recommended