00:00Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin diberitahu sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan telah mengeluarkan 4 keping cek berjumlah RM800,000
00:09kepada bersatu.
00:11Pegawai Operasi Mebank Cawangan Syah Alam, Chang Hui Chin berkata syarikat KCG Engineering Sendirian Berhad telah membuat pembayaran itu melalui
00:194 transaksi masing-masing RM200,000 bertarik 1 September 2022.
00:27Memetik bernama, Hui Chin mengesahkan tanda tangan pada cek berkenaan milik dua individu yang diberi kuasa bagi akaun syarikat tersebut
00:34iaitu Zulhelmi Mairin, Elias Kunting dan Mohd Zaid Yusof.
00:39Saksi pendakwaan ke-6 itu berkata demikian ketika membaca pernyataan saksi dalam perbicaraan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan
00:477 pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram.
00:50Mahkamah turut dimaklumkan berdasarkan penyata bank bertarikh 31 Oktober 2022, kesemua cek tersebut telah dimasukkan pada 1 September 2022.
01:01Terdahulu semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat, saksi itu turut sahkan borang permohonan pembukaan akaun syarikat
01:09tersebut yang didaftarkan pada 19 Oktober 1999.
01:13Sementara itu, semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Datuk Amir Hamzah Arsyad yang mewakili Muhyiddin, Hui Chin bersetuju penerima ke-4
01:22-4 cek tersebut adalah bersatu.
01:24Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Peguam bahawa setiap pembayaran mempunyai rekod transaksi dan ke-4-4 transaksi tersebut dilakukan
01:33secara telus.
01:34Muhyiddin berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta berkaitan projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat
01:45iaitu Bukhari Ikuiti Sendiran Berhad, Napcuri Sendiran Berhad dan Mamfo Sendiran Berhad serta Dato' Azman Yusof bagi parti bersatu.
01:53Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhari Ikuiti
02:02Sendiran Berhad yang dimasukkan ke akaun MBank dan CIMB Bank milik bersatu antara Februari 2021 dan Julai 2022.
02:10Perbicaraan dihadapan Hakim Norwena Matnordin bersambung 16 April.
Comments