00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC telah membuka 45 kertas siasatan berhubung penyebaran pelbagai berita palsu di media sosial setakat
00:10ini.
00:11Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadil berkata, kesemua kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut sama
00:19ada dikenakan kompaun atau pendawaan di mahkamah.
00:23Menurutnya, bagi kesalahan menyebar berita palsu, kompaun boleh dikenakan hingga RM250,000, manakala jika disabitkan di mahkamah, pesalah boleh didenda
00:33hingga RM500,000 atau dipenjara hingga dua tahun atau kedua-duanya.
00:39Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti dan sentiasa menyemak kesahihan sesuatu berita
00:47sebelum disebarkan.
00:48Beliau turut menggesa masyarakat mendapatkan maklumat daripada sumber sahih seperti Radio Television Malaysia RTM dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia bernama
00:57serta merujuk kepada Pengurus Pusat Ekonomi Digital Nadi atau Komuniti Madani bagi penjelasan lanjut.
01:04Fahmi berkata pelbagai tindakan telah diambil MCMC bagi membendung penyebaran berita palsu di media sosial.
Comments