00:05Pengumuman sekatan laut oleh Amerika Syarikat ke atas kapal-kapal di perairan antarabangsa adalah tidak sah di sisi undang-undang
00:12dan sama dengan tindakan lanun.
00:14Pasukan tentera Iran turut memberi amaran bahawa tiada pelabuhan di Teluk itu akan selamat jika pelabuhannya sendiri diancam.
00:24Seorang jurucakap ke pengawal revolusi Islam Iran IRGC pada Isnin berkata bahawa tiada pelabuhan di Teluk Parsi dan Laut Oman
00:32akan selamat sekiranya keselamatan pelabuhan Iran terancam.
00:35Dalam satu kenyataan yang dibacakan di televisyen, jurucakap IRGC Ibrahim Zulfaqari berkata Tehran akan terus mengawal selat hormus dan menghalang
00:45laluan kapal-kapal yang mempunyai kaitan dengan apa yang disifatkannya sebagai kekuatan musuh.
00:51Sejak konflik bermula, Iran telah menutup selat hormus pada semua kapal kecuali kapal miliknya sendiri dengan menyatakan kapal lain hanya
00:59dibenarkan melalui selat itu di bawah kawalan Iran dan tertakluk kepada bayaran.
01:04Pihak tentera Amerika Syarikat pula berkata ia akan memulakan sekatan ke atas semua pelabuhan Iran jam 10 malam pada Isnin
01:11selepas rundingan antara pihak-pihak yang bertelagah di Pakistan gagal.
01:16Presiden Donald Trump turut mengumumkan di media sosial bahawa Amerika Syarikat akan mengenakan sekatan ke atas laluan perdagangan strategik selat
01:24hormus.
01:24Trump sebelum ini menuntut Tehran supaya membuka semula sepenuhnya selat tersebut.
01:29Rundingan Islamabad yang gagal pada hujung minggu itu telah memusnahkan harapan untuk mencapai satu perjanjian pantas bagi menamatkan perang secara
01:38kekal.
01:38Konflik Asia Barat yang telah mengorbankan ribuan nyawa dan mencetuskan kegawatan ekonomi global sejak ia bermula pada lewat Februari.
Comments