Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:10Pembinaan baharu kompleks imigresen, kustom, kuarintin dan keselamatan ICQS Bukit Berapit di pengkalan Hulu Perak
00:17kini berada di peringkat kajian keboleh laksanaan.
00:21Kos rawatan penyakit buah pinggang kronik tahap akhir di Malaysia
00:24meningkat mendadak kepada RM3.3 bilion setahun ketika ini
00:29berbanding RM572 juta pada 2010, susulan pertambahan kes saban tahun.
00:36Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan agensi berkaitan
00:40berhubung penyiaran Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai ini.
00:48Seorang remaja lelaki yang disyaki membaling objek dari tingkat atas
00:52sebuah projek perumahan rakyat di Ibu Negara baru-baru ini
00:55sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
00:58Polis akan menggunakan semua instrumen perundangan termasuk mengekstradisi
01:03mana-mana individu bagi membantu siasatan dawaan kegiatan manipulasi korporat.
01:08APMM Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan memindahkan
01:12kira-kira 700,000 liter minyak diesel secara haram
01:15dengan penahanan dua kapal tangki bersama 22 kru
01:18dalam operasi di Perairan Bagan Arjam Sabtu malam.
01:23SPRM mendapat kebenaran menyambung reman seorang bekas ketua pegawai eksekutif
01:28sebuah badan berkanun kerajaan dan seorang pengerusi sebuah syarikat pegangan
01:32kerana disyaki bersubahat bersama beberapa ahli lembaga pengarah
01:36serta pemegang saham sebuah syarikat
01:38dalam urus niaga penjualan saham kepada badan berkanun.
01:41Malaysia perlu memperkukuh kepelbagaian sumber tenaga
01:46bagi mengelakkan kebergantungan kepada satu sumber sahaja
01:49sekaligus menjamin keterjaminan bekalan tenaga negara dalam jangka panjang.
01:55Siklon Vianu, melanda Pulau Utara New Zealand pada Ahad
01:59mencetuskan banjir, gangguan bekalan elektrik
02:02serta memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
02:05Kru misi Artemis II terdiri daripada
02:08Reed Weisman, Victor Glover, Christina Koch dan Jeremy Hansen
02:12menerima sambutan wira pada Sabtu oleh kakitangan NASA
02:15serta kenamaan lain di Houston
02:17selepas kembali daripada perjalanan bersejarah mengelilingi bulan.
Comments

Recommended