00:00Seorang wanita cedera selepas diserang bekas teman lelakinya menggunakan tongkat di tepi jalan 9 Palang 118B, Desa Tun Razak di
00:11Ibu Negara pada 30 Mac lalu.
00:13Ketua Polis Daerah Ceras, Asisten Komisional Muhammad Kruzdi Daud berkata laporan berhubung kejadian itu diterima pada hari sama daripada mangsa.
00:24Menurut beliau, wanita tempatan berusia 36 tahun itu diserang ketika berbincang dengan bekas teman lelakinya mengenai hubungan mereka.
00:32Menurut kenyataan, suspek berang apabila mangsa menolak pelawaan untuk menjalin semula hubungan cinta.
00:38Bertindak atas maklumat, pihak polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun dan merampas sebatang tongkat yang dipercayai digunakan dalam
00:48kejadian.
00:48Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama dua hari bermula 1 April lalu sebelum diberikan jaminan polis.
00:56Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Kesiksaan.
Comments