00:00Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan memindahkan kira-kira 700,000 liter minyak diesel secara haram dengan
00:10penahanan dua kapal tangki bersama 22 kru dalam operasi di Perairan Bagan Arjam Sabtu malam.
00:16Pengarahnya Kapten Maritim Muhammad Sufi Muhammad Ramdi berkata tindakan itu hasil maklumat wisikan yang diterima seawal 10.45 pagi berhubung
00:26pergerakan mencurigakan dua kapal yang bersauh di lokasi berkenaan.
00:33Susulan maklumat itu satu operasi bersepadu digerakkan bersama Kementerian Pedagangan Dalam Negeri KPDN Pulau Pinang sebelum sebuah bot peronda APMM
00:42dihantar ke lokasi untuk pemeriksaan.
00:45Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal berada dalam keadaan bergandingan dan disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal
00:54tanpa kebenaran.
00:55Pemeriksaan lanjut mendapati kegiatan itu melibatkan pemindahan minyak diesel Euro 5 dianggarkan sebanyak 700,000 liter manakala anggaran keseluruhan rampasan
01:06minyak mencecah 800,000 liter.
01:08Muhammad Sufi berkata operasi itu turut membawa kepada penahanan 22 kru terdiri daripada warga Malaysia, Myanmar, Rusia, Filipina dan Indonesia
01:18yang berada di kedua-dua kapal berkenaan.
01:22Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan 2.33 bilion ringgit berangkumi dua kapal tangki serta muatan diesel Euro 5 yang cuba diseludup
01:31dianggarkan bernilai 5.43 juta ringgit.
01:34Kes disiasat di bawah Seksyen 491B-1K, Ordinan Perkapalan Saudaga 1952 dan Akta Kastam 1967.
01:45Kesemua kru dan kapal yang ditahan dibawa ke JT sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.
Comments