Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Tersalah tekan pedal minyak dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut dirempuh sebuah kereta di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu pada Ahad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tersalah tekan pedal minyak dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tingkatan 1,
00:07maut dirempuh sebuah kereta di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas, Kota Baru pada Ahad.
00:13Ketua Polis Daerah Kota Baru ACP Mohamad Azmi Damiri berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 2.15 minit
00:22petang.
00:25Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi pelajar cedera parah pada badan dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Raja Perempuan
00:32Zainab II,
00:32manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
00:36Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 1.50 minit tengah hari apabila pemandu wanita terbabit dipercayai tertekan pedal minyak,
00:44lalu terbabas sehingga melanggar dua pelajar yang sedang memakai kasut di hadapan surau itu serta tiang batu surau terbabit.
00:52Mohamad Azmi berkata pelajar yang meninggal dunia itu mengalami cedera parah di kepala dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar
00:59Universiti Sains Malaysia untuk pedas siasat.
01:03Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Comments

Recommended