Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Keempat-empat mereka tiba di Ellington Field dan disambut oleh Pentadbir NASA Jared Isaacman serta Pengarah Pusat Angkasa Johnson Vanessa Wyche.
Transcript
00:00Kru misi Artemis II terdiri daripada Reed Wiseman, Victor Glover, Christina Koch dan Jeremy Hansen
00:09menerima sambutan Wira pada Sabtu oleh kakitangan NASA serta kenamaan lain di Houston
00:14selepas kembali daripada perjalanan bersejarah mengelilingi bulan.
00:19Keempat-empat mereka tiba di Ellington Field dan disambut oleh pentadbir NASA, Jared Isaacman
00:25serta pengarah Pusat Angkasa Johnson Vanessa, Witch.
00:32Kapsul Artemis II bersama empat anggotanya selamat mendarat di Lautan Pasifik pada Jumaat
00:37selepas hampir 10 hari berada di angkasa sekaligus menamatkan penerbangan pertama manusia ke orbit bulan
00:44dalam tempoh lebih setengah abad.
00:46Penerbangan Artemis II merangkumi jarak keseluruhan 694,392 batu atau 1,117,515 km
00:58melibatkan dua orbit bulan serta penerbangan lintas bulan pada jarak kira-kira 4,000 batu dari permukaannya.
01:04Ia merupakan penerbangan ujian berawak pertama dalam siri misi Artemis
01:08yang bertujuan membawa kembali angkasawan ke bulan bermula 2028.
Comments

Recommended