Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran yang gagal mencapai sebarang persetujuan bukan noktah kepada konflik berlarutan di Asia Barat.

Sebaliknya, Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Roy Anthony Rogers berpandangan, ia usaha awal Washington mencari jalan keluar selepas gagal mencapai kemenangan di medan perang.
Transcript
00:00Rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran yang gagal mencapai sebarang persetujuan bukan noktah kepada konflik berlarutan di Asia Barat.
00:08Sebaliknya, Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Roy Anthony Rogers berpandangan,
00:15ia usaha awal Washington mencari jalan keluar selepas gagal mencapai kemenangan di medan perang.
00:21Bagi saya, itu bukanlah satu rundingan yang akhir kerana sudah pasti selepas ini dalam tempoh 14 hari akan ada lagi
00:33rundingan,
00:33bahkan rundingan yang adakan kerana mesi ketenteraan Amerika Syarikat untuk mencapai kemenangan untuk mengalahkan Iran dan juga membawa kepada perubahan
00:49rejim nampaknya tidak berjaya.
00:51So, suka tak suka, mereka terpaksa ke meja rundingan dan menyelesaikan secara diplomasi.
01:00Menurut beliau, peningkatan kos perang turut memberi tekanan kepada pentadbiran Presiden Donald Trump,
01:06terutama menjelang pilihan Raya Pertengahan Penggal 2026.
01:09Rakyat Amerika Syarikat sendiri sedang menyaksikan bagaimana Amerika penglibatannya di Asia Barat
01:18dan Presiden Donald Trump sendiri berhadapan dengan pilihan raya midterm yang akan diadakan.
01:29So, bagi beliau, masa semakin suntuk yang perlu menamatkan konflik ini dengan segera kerana jika tidak,
01:39ia akan memberi satu kesan yang sangat teruk kepada prestasinya.
01:43Jelasnya, situasi itu juga bercanggah dengan janji kempen Trump sebelum ini yang mahu mengurangkan penglibatan ketenteraan luar
01:50dan memberi tumpuan kepada ekonomi domestik.
01:53Kita kena faham bahawa semasa kempen pilihan raya Presidensi, beliau telah melaungkan bahawa beliau adalah seorang Presiden
02:02yang akan membawa kembali tentera Amerika Syarikat di luar Amerika dan beliau menjanjikan bahawa fokus ini adalah kepada pembangunan ekonomi.
02:13Sebaliknya, apa yang berlaku adalah penglibatan ataupun campur tangan tentera Amerika Syarikat secara besar-besaran di Asia Barat
02:22dan ekonomi Amerika dan juga ekonomi global semakin berhadapan dengan krisis tenaga.
02:30So, bagi Amerika, mereka tidak ada pilihan daripada menamatkan konflik yang mereka sendiri
02:37atau pentadbiran Trump sendiri yang memulakan.
02:41tapi dengan cara yang katakan face saving atau menjaga air muka dengan adanya sekarang satu rundingan.
Comments

Recommended