Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Jumlah korban yang direkodkan setakat ini merangkumi 165 kanak-kanak, 248 wanita serta 85 petugas perubatan yang terbunuh ketika sedang menjalankan tugas kecemasan di zon konflik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya, 2,020 orang terkorban, manakala 6,436 lagi cedera dalam siri serangan tentera Israel di seluruh Lubnan sejak
00:10konflik bermula pada 2 Mac lalu.
00:13Jumlah korban yang direkodkan setakat ini merangkumi 165 kanak-kanak, 248 wanita serta 85 petugas perubatan yang terbunuh ketika sedang
00:24menjalankan tugas kecemasan di zon konflik.
00:30Menurut kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Lubnan, serangan udara pada Sabtu sahaja meragut 97 nyawa dan menyebabkan 133 individu lain cedera
00:40di beberapa lokasi strategik.
00:42Peningkatan mendadak jumlah kematian dalam kelangan petugas barisan hadapan dan golongan kanak-kanak itu mencetuskan kebimbangan agensi antarabangsa mengenai tahap
00:51pematuhan Undang-Undang Kemanusiaan dalam peperangan di Asia Barat tersebut.
00:55Selain kehilangan nyawa, infrastruktur kesihatan di selatan Lubnan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dengan banyak pusat rawatan dan keneraan ambulans
01:05musnah akibat berdilan berterusan pihak lawan.
01:08Situasi kemanusiaan di negara berkenaan dijangka terus meruncing memandangkan operasi ketenteraan masih dipergiatkan,
01:15sementara usaha diplomasi bagi mencapai gencata-senjata yang mampan masih belum membuahkan hasil konkret.
01:22Pada Sabtu, Jurucakap Kementerian Luar Iran Ismail Bagai berkata,
01:26kestabilan di Lubnan serta seluruh rantau berkenaan akan mempengaruhi hasil rundingan dengan Amerika Syarikat.
Comments

Recommended