Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kajian terkini menunjukkan kos pengeluaran hidrogen lebih efisien berbanding diesel ketika ketidaktentuan geopolitik global. Sarawak dilihat memiliki kelebihan strategik hasil asas tenaga hidro kukuh ke arah ekonomi tenaga bersih.
Transcript
00:00Dalam perkembangan lain, Abang Johari menyifatkan tindakan Sarawak mempelopori ekonomi hidrogen, tepat apabila kajian terkini menunjukkan tenaga tersebut muncul sebagai
00:11alternatif lebih cekap dan kos efisien berbanding diesel ketika pasaran tenaga global terkesan akibat ketidakstabilan geopolitik.
00:20Dan kita tambah lagi, bukan saja tenaga hidro, kita mengeluarkan tenaga hidrogen.
00:33Hari itu, hari-mari kami membuat satu kajian. Dengan harga diesel hari itu, rupa-rupanya harga mengeluarkan hidrogen lebih murah
00:48daripada diesel.
00:50Mereka hidrogen tinggi, itu dah bertukar dah disebabkan perang Iran yang dengan Amerika dan Israel.
01:02Bermakna kita memilih tenaga yang betul untuk kita merancakkan lagi pembangunan ekonomi kita.
01:17Abang Johari berkata komitmen Sarawak terhadap tenaga hidro sejak era pemerintahan Tun Abdul Taib Mahmud telah lama membina asas yang
01:25kukuh dan kini memberi kelebihan strategik kepada Sarawak untuk beralih kepada ekonomi berasaskan tenaga bersih.
01:33Negeri lain ada masalah tenaga, kita mempunyai tenaga yang boleh diperbahari, iaitu orang kagung dengan diesel.
01:47Baik nasib, kita dah mulai tenaga hidro kita.
01:56Yang mula daripada pemimpin yang lepas, disambung oleh pemimpin-pemimpin yang kemudian termasuk saya dan rakan-rakan yang ada dalam
02:09kabinet hari.
02:11Jelasnya lagi, peralihan kepada tenaga hijau seperti hidrogen bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil,
02:19malah membuka peluang ekonomi baharu termasuk pelaburan dan industri berteknologi tinggi.
02:25Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mahkamah Alam Pemimpin dan Ketua Masyarakat Bahagian Limbang 2026 di Dewan Suara Limbang
02:35pada Jumaat.
Comments

Recommended