Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Lonjakan kos subsidi hampir enam kali ganda daripada sekitar RM700 juta sebulan kepada kira-kira RM4 bilion ketika ini memerlukan penilaian semula.
Transcript
00:00Baik, niaga wani jam ini dimulakan dengan laporan berikut.
00:03Kerajaan mungkin perlu menyemak semula kedudukan kewangan dan peruntukan subsidi semasa
00:08sekiranya kos subsidi budi madani RON95 terus melonjak susulan tekanan krisis tenaga global.
00:15Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Muhammad Afzal Nizam Abdul Rashid berkata
00:20lonjakan kos subsidi hampir enam kali ganda daripada sekitar RM700 juta sebulan
00:25kepada kira-kira RM4 bilion ketika ini memerlukan penilaian semula
00:30khususnya jika tekanan pasaran tenaga global berlarutan.
00:35Menurutnya langkah semakan semula belanjawan bukan sesuatu yang luar biasa
00:40malah pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini.
00:43Untuk rekod, kerajaan pernah mengumumkan pelarasan bajet 2026
00:47susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia yang menjejaskan hasil negara
00:52sekaligus memerlukan penstrukturan semula perbelanjaan serta keutamaan fiskal.
00:58Langkah sama turut dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 pada 2020 dan 2021
01:03menerusi beberapa paket rangsangan ekonomi seperti prihatin, penjana dan permai
01:08bagi menyokong rakyat serta perniagaan yang secara tidak langsung melibatkan
01:13penyesuaian ketara terhadap perancangan bajet asal.
01:16Selain itu, pada 2023, kerajaan juga membentangkan semula bajet 2023 yang lebih
01:23bersasar susulan perubahan pentadbiran dengan penekanan kepada subsidi bersasar
01:28dan pengukuhan kedudukan fiskal negara.
01:31Pada masa sama, Muhammad Afzal Nizam berkata, krisis tenaga global semasa telah
01:35mendorong peningkatan harga bahan api sekaligus memberi tekanan kepada kos operasi
01:40perniagaan dan berpotensi menyubang kepada kenaikan harga barang termasuk risiko
01:45aktiviti pencatuan.
01:47Beliau menyifatkan langkah kerajaan dalam menstabilkan ekonomi negara sebagai
01:51berhemah khususnya melalui pelaksanaan bantuan bersasar serta penggunaan ruang
01:56dasar secara berhati-hati dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.
Comments

Recommended