00:00Kerajaan memberi keutamaan untuk memastikan bekalan bahan api dan bahan asas negara mencukupi bagi membolehkan ekonomi terus beroperasi di tengah
00:08krisis tenaga global.
00:10Menurut Menteri Ekonomi Dato' Akamal Nasrullah Mohd Nasir, isu bekalan tenaga kekal sebagai antara cabaran paling besar ketika ini, justru
00:17keutamaan kerajaan adalah menjamin ketersediaan bekalan tersebut.
00:22Mengulas kenyataan Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa bekalan bahan api negara mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Jun,
00:29Akamal berkata beliau yakin Petroleum Nasional Berhad Petronas sedang berusaha memastikan kesinambungan bekalan selepas tempoh berkenaan.
00:38Beliau menjagakan ada negara yang akan melihat kepada hubungan diplomasi berasaskan sistem bata atau pertukaran barangan dan ini antara strategi
00:46yang perlu diteliti bagi menjamin kepentingan negara.
00:50Dalam masa sama, Akamal Nasrullah berkata krisis tenaga global juga membuka ruang kepada kerajaan untuk menggiakkan inisiatif seperti penggunaan biodiesel.
00:59Menurutnya cabaran adalah memastikan biodiesel tidak sekadar dilihat sebagai alternatif sementara dan dilupakan apabila krisis reda.
01:07Beliau menegaskan usaha memperkukur keselamatan tenaga perlu digerakkan secara bersepadu bagi memastikan ekonomi negara kekal stabil berdepan ketidaktentuan global.
Comments