Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Ekonomi biru dijangka memperkukuh pertumbuhan Sabah di bawah SMJ 2.0, merangkumi sektor maritim strategik seperti perikanan, akuakultur dan pelancongan, dengan fokus kepada nilai tambah, keterangkuman dan kelestarian.
Transcript
00:00Ekonomi Biru dijangka menjadi pemacu baharu dalam memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sabah menerusi pelaksanaan Hala 7 Sabah Maju Jaya atau SMJ
00:092.0.
00:10Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Jinur berkata pendekatan itu akan mentransformasikan struktur ekonomi negeri ke arah pertumbuhan bernilai tambah
00:20tinggi, inklusif dan mampan.
00:23Menurut Haji Jin, Ekonomi Biru berteraskan kelebihan maritim dan kekayaan biodiversiti Sabah yang merangkumi sektor strategik seperti perikanan modern, aquakultur,
00:33bioteknologi marin, logistik maritim dan pelancongan berasaskan alam semula jadi.
00:38Ini bagi mentransformasikan struktur ekonomi negeri ke arah pertumbuhan bernilai tambah tinggi selagi dengan keras pemerkasaan ekonomi rakyat dan juga
00:54ekonomi bumi putra.
00:56Kesanimbunan, keseimbangan wilayah, inovasi dan kestarian alam sekitar.
01:04Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Teraju Aspirasi Outreach Sabah 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di SICC Kota Kinabalu.
01:14Pelaksanaan SMJ 1.0 dari tahun 2021 hingga 2025 berjaya meletakkan asas kukuh kepada pemulihan ekonomi negeri walaupun berdepan cabaran
01:24global.
01:25Sabah juga mencatatkan pencapaian memberangsangkan apabila kutipan hasil negeri hampir mencecah RM7 bilion buat pertama kali.
01:32Selain KDNK negeri, meningkat kepada RM84.3 bilion pada 2024.
01:38Ia dijangka terus menjadi pemangkin pertumbuhan baru termasuk menjana hasil laut sehingga RM3.25 bilion setahun serta membuka lebih banyak
01:47peluang ekonomi kepada rakyat.
01:48Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended