Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Dr Apurva Sanghi menjelaskan keadaan pertumbuhan kukuh di samping kadar inflasi yang rendah adalah satu keadaan yang dianggap sebagai 'sweet spot' dalam ekonomi.
Transcript
00:00Malaysia tidak memerlukan pakej rangsangan ekonomi baharu buat masa ini, memandangkan keadaan ekonomi negara kekal berada pada landasan kukuh dengan
00:09pertumbuhan stabil serta infasi yang terkawal.
00:12Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr. Apurva Sanggi berkata, langkah memperkenalkan pakej rangsangan berpotensi meningkatkan tekanan infasi.
00:25Jelas beliau pakej rangsangan lazim yang diperlukan apabila ekonomi berdepan risiko kemelesitan seperti ketika pandemik COVID-19.
00:34Namun ketika ini, Apurva menegaskan pertumbuhan Malaysia masih kukuh dan inflasi berada dalam keadaan terkawal.
00:41Mengelah selanjutnya, beliau berkata perangkaan semasa menunjukkan keadaan inflasi Malaysia kekal stabil sepanjang 2 hingga 3 tahun lalu
00:49walaupun ekonomi berkembang lebih pantas berbanding purata serantau.
00:54Menurutnya, gabungan pertumbuhan kukuh dan inflasi rendah merupakan keadaan yang dianggap sebagai sweet spot dalam ekonomi.
01:02Selain itu, permintaan domestik yang mantap, khususnya perbelanjaan pengguna, terus menjadi pemacu utama pertumbuhan disokong oleh pasaran buruh yang stabil
01:12serta peningkatan gaji sebenar.
01:15Dalam masa, Apurva berkata, kadar pengangguran negara kini berada pada paras terendah dalam tempoh 14 tahun iaitu di bawah 3
01:24.0% sekaligus mencerminkan kekuatan asas ekonomi domestik.
01:29Bagaimanapun, beliau mengingatkan kerajaan supaya terus berwaspada terhadap risiko luaran seperti konflik geopolitik dan kenaikan harga komoditi global
01:39yang boleh memberi kesan tidak langsung kepada inflasi serta pertumbuhan.
01:45Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended