00:00Kumpulan Bank Dunia menaikkan nunjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia 2026 kepada 4.4% daripada 4.1% mengambil kira permintaan
00:11domestik yang berdaya tahan.
00:13Menurut Ketua Ahli Ekonominya bagi Malaysia, Dr. Apurva Sanggi, pertumbuhan didorong terutamanya oleh penggunaan swasta, disokong keadaan pasaran buruh yang
00:23menggalakkan, kenaikan gaji serta langkah sokongan pendapatan oleh kerajaan.
00:30Bank Dunia menjangkakan permintaan domestik akan kukuh tahun ini disebabkan dinamika pasaran buruh yang positif dengan gaji median sebenar meningkat
00:38sebanyak 6% tahun lalu serta sokongan berterusan kerajaan apabila diperlukan.
00:45Sementara itu, Dr. Apurva berkata Malaysia tidak memerlukan rangsangan ekonomi walaupun berdepan krisis Asia Barat.
00:52Katanya pemberian rangsangan pada ketika ini hanya akan menambah tekanan inflasi memandangkan kadar inflasi di Malaysia kekal stabil dan terkawal.
01:03Tambah beliau, rangsangan hanya diperlukan jika kebimbangan inflasi berkembang sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi seperti yang berlaku semasa COVID-19.
01:14All in all, in trying times, our assessment is that Malaysia is increasingly being seen as a safe haven in
01:20the region,
01:21deflecting strong fundamentals, growing fiscal discipline, and strong financial system buffers.
01:27Plus, steady monetary policy has preserved monetary policy space to respond to shocks and sudden shifts in the global financial
01:35conditions.
01:36And I have to say, one understated aspect of the Malaysian institutional architecture is a great coordination between fiscal and
01:46monetary authorities here.
01:47So that's something to be appreciated.
01:50Beliau berkata demikian pada taklimat mengenai bahagian satu Pemantauan Ekonomi Malaysia MEM April 2026 Bank Dunia
01:59bertajuk menaikkan ceiling, menaikkan lantai, memacu agenda pekerjaan dan produktiviti Malaysia pada Khamis.
Comments