00:01Sebuah syarikat drone dari Jepun bekerjasama dengan Ukraine untuk menghasilkan drone pemintas berharga sekitar $2,500 Amerika sebagai alternatif lebih
00:10murah bagi menangkis serangan drone Iran.
00:12Sejak konflik Asia Barat bermula, Teheran dilaporkan melancarkan gelombang serangan menggunakan drone murah yang dihasilkan secara besar-besaran termasuk drone
00:20jenis Syahid.
00:23Bagi menanganinya, negara teluk dan tentera AS banyak menggunakan peluru berpandu pemintas yang jauh lebih mahal.
00:30Situasi ini menunjukkan perubahan dalam peperangan udara di mana penggunaan sistem yang lebih murah secara besar-besaran mampu menghakis stok
00:37senjata pertahanan yang canggih.
00:39Ketua Eksekutif Terra Drone Toru Tokushige berkata, penggunaan peluru berpandu mahal untuk menembak jatuh drone murah kini dilihat tidak lagi
00:46praktikal dari segi kos.
00:47Menurutnya, negara di Asia Barat khususnya di teluk yang kini berdepan serangan drone Iran telah menunjukkan minat tinggi terhadap teknologi
00:54tersebut.
00:55Harga drone pemintas keluaran Terra Drone adalah sekitar 400,000 yen atau kira-kira 2,500 dolar, jauh lebih murah
01:03berbanding peluru berpandu Patriot yang boleh mencecah sekitar 4 juta dolar seunit.
01:07Sebagai perbandingan, sebuah drone Syahid dianggarkan hanya berharga sekitar 20,000 dolar.
01:13Dalam minggu pertama, konflik Asia Barat-Iran dilakukan melancarkan lebih seribu drone dan mempunyai kapasiti menghasilkan sehingga 10,000 drone
01:20sebulan.
01:21Terra Drone turut mengumumkan kemasukan kepasaran ketenteraan melalui kerjasama dengan syarikat pemula Ukraine Amazing Drones.
Comments