00:00Perikatan Nasional kini dilihat berada di ambang perpecahan susulan konflik yang semakin memunca antar PAS dan Bersatu.
00:09Penganalisis memberi amaran ketegangan ini bukan lagi isu kecil, tetapi sudah masuk fasa kritikal yang boleh mengubah landscape politik negara.
00:18Menurut Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia, pertikaian antara kedua-dua parti semakin serius sejak setahun lalu, termasuk melibatkan krisis
00:29di Perlis dan Negeri Sembilan.
00:31Katanya konflik ini berpotensi membawa kepada perpecahan secara langsung dalam PN.
00:37Mazlan turut berpandangan PAS kini sedang menyusun semula strategi politik dengan memberi tumpuan kepada Hamzah Zainuddin dan gerakan riset.
00:46Malah katanya tidak mustahil riset akan menggantikan Bersatu sebagai rakan utama PAS, sekaligus menyaksikan Bersatu di ketepikan menjelang pilihan raya
00:57akan datang.
00:58Dalam masa sama Azmi Hassan dari Akrimi Nusantara menifatkan, kritikan terbuka Abdul Hadi Awang terhadap Bersatu sebagai perkembangan serius.
01:08Beliau percaya PAS mungkin sedang bergerak ke arah menyingkirkan Bersatu dan membuka ruang kepada parti-parti kecil Melayu Islam.
01:16Kedua-dua penganalisis juga melihat dominasi PAS yang semakin kuat dalam PN boleh menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan parti
01:25komponen dan pengundi bukan Melayu.
01:28Senario ini membuka kemungkinan PN berpecah kepada blok berasingan sekaligus memberi kesan besar menjelang pilihan raya umum akan datang.
01:38Zaharul Alam Biai Shahir FMT
01:41Terima kasih.
01:42Terima kasih.
Comments