00:00Tindakan Parti Sosialis Malaysia menolak menyertai gabungan longgar pembangkang dengan alasan perkawaman
00:07memerlukan Perikatan Nasional lebih berusaha keluar dari naratif itu, kata penganalisis.
00:14Arif Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara berkata,
00:18selaku komponen terbesar, PN perlu menggandakan usaha membawa lebih banyak isu membabitkan orang bukan Melayu.
00:25Langkah itu penting untuk meyakinkan rakyat yang gabungan itu tidak bersikap kritikal terhadap isu etnik dan agama.
00:34Semalam pengurusi PSM Dr. Michael Jayakumar Dewaraj berkata pihaknya menolak menyertai gabungan longgar pembangkang yang diumumkan Muhyiddin Yassin
00:43sambil menyatakan pihaknya tidak selesa kerana banyak parti terbabit memainkan isu kaum.
00:49Arif berkata tindakan PSM itu akan meletakkan parti terbabit kekal di kedudukan sama
00:56apabila tiada kekuatan untuk menarik sokongan rakyat bagi memenangi pilihan raya.
01:02Sementara itu Azmi Hassan dari Akrami Nusantara pula menifatkan alasan parti itu tidak menesabah
01:08dengan mendakwa majoriti ahlinya sendiri terdiri daripada satu kaum.
Be the first to comment