00:00Isu penyelewengan dana kebajikan kini mencetuskan perhatian besar di seluruh negara.
00:06Laporan mengenai sasatan oleh Suruhanjaya Penjagaan Rasuah Malaysia atau SPRM
00:12melibatkan jumlah kira-kira RM230 juta benar-benar mengejutkan ramai.
00:18Ramai rakyat meluahkan rasa marah, kecewa dan tidak percaya.
00:23Mana tidaknya, dana sebesar itu sepatutnya membantu golongan susah,
00:28bukan disalah guna.
00:30Menurut maklumat awal, dana ini dikumpul daripada orang ramai serta pelbagai sumber lain.
00:36Tujuannya jelas untuk membantu mereka yang memerlukan.
00:40Namun, sasatan mendapati sebahagian dana itu tidak sampai kepada sasaran.
00:45Sebaliknya, ia didakwa di seleweng untuk kepentingan peribadi.
00:50Ketua Pesuruhanjaya SPRM Azam Baki memaklumkan ada individu yang menggunakan dana itu untuk membeli aset mewah.
00:58Antara yang dirampas, termasuk 18 kenderaan mewah seperti Porsche dan Mercedes-Benz.
01:05Selain itu, hartanah bernilai kira-kira RM11 juta turut disetak.
01:10Bukan itu sahaja, sebanyak 33 akaun bank juga dibekukan melibatkan kira-kira RM120 juta.
01:18Ini menunjukkan skala kes yang sangat besar.
01:22Kalau difikirkan, RM230 juta itu mampu mengubah hidup ribuan keluarga.
01:28Ia boleh bantu bekala makanan, rawatan pesakit dan pendidikan anak-anak.
01:34Dana itu juga boleh digunakan untuk memperbaiki kemudahan seperti masjid, surau dan pusat pendidikan.
01:41Banyak manfaat yang sepatutnya boleh dinikmati.
01:44Sebab itu, kes ini bukan sekadar tentang wang.
01:47Ia tentang peluang yang hilang dan harapan yang dikianati.
01:52Dalam masa sama, penting untuk kita beri ruang kepada SPRM jalankan sasatan secara telus.
01:58Setiap pihak berhak membela diri sebelum keputusan dibuat.
02:02Apa yang pasti, kes ini jadi peringatan kepada semua.
02:06Amanah bukan sesuatu yang boleh dipermain, lebih-lebih lagi bila melibatkan nasib golongan yang memerlukan.
02:14Jangan lupa baca artikel penuh tulisan Amin Ishak, pengarang meja berita bahasa Melayu FMT seperti yang tertera.
02:20Saya Hailey Izzati, FMT.
Comments