Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Tentera Israel memberi amaran kepada rakyat Iran supaya mengelakkan penggunaan kereta api dan berada berhampiran landasan, dengan mendakwa ia boleh membahayakan nyawa ketika konflik semakin memuncak.
Transcript
00:00Baik, perkembangan konflik di Asia Barat yang memasuki minggu ke-6 untuk hari ke-39.
00:06Seperti biasa di awal ini 7.45 dan juga sinar awal ini kami bawakan wartawan di meja berita
00:12untuk bawakan perkembangan khususnya berkaitan dengan konflik di Asia Barat.
00:16Untuk hari ini saya nak bersama dengan Syafiqah Azmi.
00:18Syafiqah sudah tentu tumpuan untuk hari ini kita melihat kepada tempoh ultimatum
00:23yang diberikan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Iran
00:26supaya selat hormus dibuka. Kalau tidak, Iran akan diserang secara besar-besaran.
00:33Itu sudah tentu tumpuannya dan sudah tentu masyarakat ataupun tumpuan global juga
00:37melihat kepada sejauh mana ketahanan dan juga ketenteraan, keupayaan Iran jika ada serangan balas.
00:45Dan saya fikir Syafiqah mungkin ada perkongsian yang mungkin boleh dikongsikan untuk hari ini, hari ke-39.
00:52Baik, terima kasih Fawzi. Dan betul kita pun sebenarnya menghampiri
00:5748 jam tempoh yang diberikan oleh Trump kepada Iran untuk membuka selat hormus.
01:03Tapi sebelum itu, Fawzi, akan saya perincikan perkembangan yang terlebih dahulu di Awani 745 pada malam ini.
01:14Tentera Israel memberi amaran kepada rakyat Iran supaya mengelakkan penggunaan kereta api.
01:20Amaran itu dikeluarkan menerusi hantaran di Platform X dalam bahasa Parsi menyuruh orang ramai
01:27menangguhkan perjalanan kereta api sehingga jam 9 malam waktu tempatan.
01:33Ini kerana Israel mahu melancarkan serangan ke atas infrastruktur termasuk pengangkutan awam Iran.
01:41Tentera Israel menegaskan kehadiran orang awam di atas kereta api atau berhampiran landasan boleh mengundangkan kematian.
01:50Kenyataan itu dibuat ketika konflik antara Israel, AS dan Iran terus memuncak sejak serangan awal pada 28 Februari lalu.
02:01Amaran demi amaran dikeluarkan oleh AS dan Israel tetapi pendirian Iran, perang tetap perang.
02:10Selain mahu memusnahkan kereta api, Amerika terus melakukan desakan supaya selat hormus dibuka semula
02:17atau hadapi kemusnahan lebih teruk.
02:20Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended